Selasa, 5 Julai 2011

Hadapi Dengan Senyuman


Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang




Itulah bait-bait lagu Dewa yang sunggug puitis sekali...tapi tersembunyi makna yang cukup besar..
Senyuman adalah sesuatu yang terindah bagi siapa saja yang mendapatkannya, kerana senyum merupakan gambaran dari hati atas kesenangan atau kegembiraan yang dirasakan pemilik senyum itu sendiri, akan tetapi terkadang sukar bagi kita untuk memberi senyuman kepada orang yang tidak kita sukai, meskipun kita terpaksa untuk tersenyum,meski pun pahit tapi setidaknya ketika kita terseyum meskipun pedih kita telah bisa berbuat yang terbaik untuk diri kita sendiri dengan cara membuang tanggapan negatif yang sedang yang terpendam dihati.

Meskipun kita sedang menghadapi masalah seberat apapun dalam hidup ini, dengan sebuah senyuman dan keyakinan boleh mengurangi beban dalam pikiran atau perasaan kita, Semua orang punya masalah tapi cara penyelesaiannya yang berbeza tentunya hasilnya pun akan berbeza . Seberat apapun masalah dalam hidup ini apabila kita hadapi dengan senyuman secara psikologis beban itu telah berkurang. Oleh itu hadapailah dengan senyuman apa jua masalah dan cabaran yang mendatang...

Ahad, 27 Februari 2011

Syukur Alhamdullilah...

Syukur kehadratmu ya Allah atas segala limpah kurniamu....
alhamdullilah..hari nie masuk hari terakhir di bulan Februari..sedar ndak sedar mau masuk sudah ke bulan Mac plak...beginilah kehidupan kita sehari-hari ada masa susah..senang..sedih..gembira itulah asam-garam kehidupan..tapi kadang-kadang kita mudah terlupa dengan segala apa yang telah di kurnikan kepada kita..kadang-kadang ada yang terlintas di hati kita..kenapa Allah tidak melimpahkan rezeki yang sama seperti Allah kurniakan kepada orang lain..kenapa orang lain boleh senang ..kenapa? dan Kenapa???...tapi mungkin ramai di antara kita tidak sedar..rezeki yang di kurniakan kepada kita..bukan dari bentuk harta benda semata-mata..tetapi mungkin rezeki dari bentuk lain..seperti kesihatan anak-anak...


Anak-anakku Qasya & Qazriel

Mungkin kita tidak sedar..kesihatan yang di kurniakan kepada anak-anak kita juga merupakan satu rezeki dari Allah..kita patutnya bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sihat..cukup makan dan pakai..ada kereta..ada rumah..walaupun bilang orang tidak segah mana... tapi itu sudah memadai...apalah ertinya kalau hidup mewah tapi sering sakit..hutang pun sana sini...bukan kah itu lagi miskin ...sahabat-sahabat semua..coretan ini hanyalah satu peringatan buat diri saya sendiri dan rakan-rakan lain...tidak ada niat pun mahu menyinggung sesiapa..renung-renungkanlah apa yang saya coretkan...

Selasa, 1 Februari 2011

Hujan oh hujan...

Assalamualaikum w.w.
wah panjang plak mukadimahnya..hari nie dah 2 hb dalam bulan Februari..mcm ndak terasa plak..pejam celik..pejam celik..tup..tup bulan Februari sdh...Sebenarnya tiada pa2 pun nak di cerita tp gatal plak tangan nie mahu menekan keybod...mahu cita pasal hujan plak nie..dari awal tahun hinggalah sekarang..selalu hujan ndak kira pagi, petang tau malam..tp orang2 cakap..klo mau tahun baru cina nie mmg cuaca mcm tu..tp mungkin jgklah kan..ndak pernah rasanya Tahun Baru Cina dirayakan tanpa hujan..tp ndak pasti plak betulkah tidak macam tu...mungkin nie hujan rahmat di awal tahun agaknya..manalah tahu nie petanda kita mendapat rahmat dari Allah SWT..mana tau kan..mudah-mudahan ..Amin..


Walaupun hujan nie satu rahmat buat kita, tapi jgn plak kita lupa ada orang yang berdukacita masa nie..tengoklah di TV setiap hari..ada jak berita banjir disana..banjir di sini..kesian diorang..alhamdullilah jgklah tempat kita tidak di timpa musibah tu..tapi harap2 semua mangsa yang terlibat tabah menghadapi apa jua dugaan dari tuhan..amin..
Saya rasa tu jaklah mo dikongsikan hari nie..

Selasa, 18 Januari 2011

Facebook hendak ditutup???

Dengar-dengar berita nie..macam betul..tp ndak pasti plakkan..tekejut jgk dengar cita tu..kesianlah plak klau tiada fb nie..ssh mo behubung ngan kawan2 yg jauh..nduk bah..mau tinguk2 gambar pun ndak bole..tp klo dah bg tu citanya mo buat mcm mana..kan..bak kata upin & ipin..kesian..kesian..kesian..hu....
Tutupkah bukakah..kita mesti ambil hikmah jak disebalik semua itu..mungkin jugak ada kebaikannya..mana taukan....ada fbkah tiada fbkah sama jak sebenarnya..yang penting life must go on..jgan plak sampai ada yang frust..tu lagi teruk..tp klo tiada fb..hpkan masih ada..sblm tertutupnya akaun fb tu..ambilah kesempatan mintak no.phone kawan2..supaya talian persahabatn tak putus macam tu jak..kan bagus..tiada fb bole sms..betul kah tidak???...Tapi kesian plak gambar2 dlm akaun fb kita tu kan..siapa yang simpan, baik upload cepat2..nti hilang semua..kan susah..lebih2 lagi klo gambar dolu2..tu yang tiada dipasaran tu..

Berita diambil dari Akbar Kosmo 10.01.2011 mengenai khabar penutupan Facebook..

PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam. Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya. Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti. Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."
"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Timesmelaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut. Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham.

Jadi..apa-apapun (Bilang C Alex)..tunggu & lihatlah mcm mana ..k..