Selasa, 18 Januari 2011

Facebook hendak ditutup???

Dengar-dengar berita nie..macam betul..tp ndak pasti plakkan..tekejut jgk dengar cita tu..kesianlah plak klau tiada fb nie..ssh mo behubung ngan kawan2 yg jauh..nduk bah..mau tinguk2 gambar pun ndak bole..tp klo dah bg tu citanya mo buat mcm mana..kan..bak kata upin & ipin..kesian..kesian..kesian..hu....
Tutupkah bukakah..kita mesti ambil hikmah jak disebalik semua itu..mungkin jugak ada kebaikannya..mana taukan....ada fbkah tiada fbkah sama jak sebenarnya..yang penting life must go on..jgan plak sampai ada yang frust..tu lagi teruk..tp klo tiada fb..hpkan masih ada..sblm tertutupnya akaun fb tu..ambilah kesempatan mintak no.phone kawan2..supaya talian persahabatn tak putus macam tu jak..kan bagus..tiada fb bole sms..betul kah tidak???...Tapi kesian plak gambar2 dlm akaun fb kita tu kan..siapa yang simpan, baik upload cepat2..nti hilang semua..kan susah..lebih2 lagi klo gambar dolu2..tu yang tiada dipasaran tu..

Berita diambil dari Akbar Kosmo 10.01.2011 mengenai khabar penutupan Facebook..

PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam. Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya. Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti. Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."
"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.
Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.
"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Timesmelaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut. Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham.

Jadi..apa-apapun (Bilang C Alex)..tunggu & lihatlah mcm mana ..k..