Jumaat, 23 Julai 2010

KiSah PoKok EpaL

Buat Renungan Bersama...

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

C
ERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA
KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN.
SEMOGA CERITA INI MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA

Lempeng Pisang Kelapa



Di tengah-tengah hujan gerimis..perut pun berbunyi seperti meminta sesuatu..alamat..laparlah jawabnya tu..tengah fikir2 nak makan apa..tiba-tiba je ternampak pisang...wah goreng pun sodap..tp takkan nak makan pisang goreng lagi..nti anak n suami naik jemu..apa kata buat lain dari yang lain...main campur2 je resepinya nie..wah ting..ting idea pun dah datang..jom ke dapur kita jelajah resepi yang dah diubahsuai ikut suka hati je..

Kuih Lempeng Pisang Kelapa



Bahan-bahannya ( mudah diperolehi tak payah pg jauh2)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan pisang masak yang telah dihancurkan atau dilecek
1 cawan kelapa muda yg dah di parut
1 – 1 1/2 cawan air (anggaran – boleh tambah jika pekat sangat )
1 sudu besar gula ( kalau nak lebih boleh tambah..tp rasanya tu pun dah cukup manis)
1 biji telur
beberapa biji pisang yang telah dipotong kecil2
sedikit butter atau minyak
secubit garam

ini pula cara2 penyediaannya

1. Satukan tepung, telur, garam, air, gula, kelapa dan pisang lecek. Kacau sebati.
2. Panaskan butter atas kuali non stick…. susun pisang yang telah dipotong2 kemudian tuangkan adunan tepung tadi.
3. Guna api perlahan dan tutup sebentar.
4. Balikkan., masak seketika dan angkat!

Kalau nak lagi sedap..lapikkan daun pisang pada bawah lempeng yg sudah di angkat tadi..minum ngan teh o..tau kopi o panas memang mengancam...he..he..he..

Tomyam oh tomyam...



Sini saya nak kongsi satu resepi kegemaran My Beloved Husband..tak sah rasanya klo pg kemana-mana tidak order tomyam seefood..memandangkan dah jadi favorate suami ..maka kenalah belajar masak kat rumah ..manalah tau tiba-tiba suami teringin nak makan tomyam..kan naya kalau tak tahu nak masak he..he..he..

TOM YAM SEEFOOD



Resepi Tomyam Campur ( adaptasi dari internet )

2 ekor ikan putih ( dipotong kecil2..ambil isi jak ya.. )
5 ekor isi ketam (ambil isi je)
10 ekor udang ( buang kulit dan kepala)
3 ekor sotong ( potong bulat )
1 1/2 – 2 liter air stok ( satu periuk sederhana )
3 batang serai
1 inci lengkuas ( dihiris)
1 paket cendawan tiram (250 g)
10 biji cili padi ( di tumbuk )
1 biji tomato
2 labu bawang besar ( potong baji atau potong bulat )
2 sudu makan pes tomyam
2 camca teh sos ikan ( sos nampla)
1 camca teh gula ( jika suka)
daun ketumbar secukupnya
3-4 helai daun limau purut
3-4 sudu besar air limau nipis ( ikut banyak mana kuah yg kita ada)

Tu jelah bahan2 nya...mcm banyak sangat kan..tapi simple je nak masak..

1. Didihkan air stock dalam periuk.
2. Masukkan isi ikan dan ketam . Masak sehingga empuk.
3. Masukkan pes tomyam, udang, serai, lengkuas, daun limau purut, cili padi, cendawan dan bawang merah.
4. Biar mendidih masukkan stok ikan, gula, garam, jus limau, tomato dan daun ketumbar.
5. Angkat dan hidangkan.
kalau nak pedas bubuhlah cili padi banyak2..

nyam..nyam..lagi sedap kalau makan ngan telur dadar..sampai mertua lalu pun tak sedar

;)

My Beloved daughter & son

NUR QASYA ERISYA ( 1 Years 9 Mth)




Muhammad Qazeril syafiq (4 Mth)



Love u very much....

Resepi Kuih Apam Ayu


Resepi Kuih Apam Ayu

3 biji telur
240 gram gula

240 ml santan atau susu segar
1 sudu makan jus pandan
270 gram tepung gandum
1 sudu teh ovallate
1 sudu makan tepung kanji
1 biji kelapa muda parut (putih sahaja)
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan santan atau susu segar, ovallate dan tepung gandum. Gaul hingga sebati.

Panaskan kukusan dan oles rata minyak pada acuan.

Gaul rata kelapa bersama garam. Masukkan sedikit kelapa tadi ke dalam acuan. Tekan hingga padat. Tuang adunan tepung memenuhi acuan tadi.

Masukkan ke dalam kukusan dan kukus hingga masak anggaran selama 15 minit. Keluarkan daripada acuan.

Sedia untuk dihidangkan.

Renungan Buat Suami Isteri

KETAHUILAH WAHAI WANITA
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.

2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.

5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.

6. Sekiranya anda memelihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.

7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.

8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!!

Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!!

Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!!

Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!!

Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!!

Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandungi pembohong yang dibolehkan?! !

Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!!

Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".

Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah".

Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".

* Ucapan baik adalah sedekah.

* Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.

* Mengucapkan salam mengandungi beberapa kebaikan.

* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.

* Berhubungan badan mendapatkan pahala.

(Di petik dari kitab : "Fiqhul Ta'aamul Baina Zawjain" karangan : Mushtofa 'Adawi)



Petikan dari 'Mutiara perjalanan hidup'

Wassalam

Peluk Isteri Boleh Panjang Umur 5 Tahun

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya 5 tahun!. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

”Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W. Ada kajian di Amerika Syarikat juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Juga kata beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Datuk Dr. Fadzilah Kamsah.