SEGALA YANG TERCATAT DISINI LAHIR DARI SEKEPING HATI YANG IKHLAS, KHAS BUAT PANDUAN DAN RENUNGAN BERSAMA
Rabu, 29 September 2010
Sengal Gusi
Assalamualaikum ww..
pagi-pagi tidak tau mau buat apa..baik tulis blog..bolehlah kongsi ngan semua orang...kan..manalah tau ada yg ndak bagus mood pagi2 nie..bacalah kisah2 lucu nie yang di cedok dari pelbagai sumber ..harap dapat menceriakan hati anda..
Kahwin
Suzy menyampaikan hasrat hatinya kepada bapanya untuk berkahwin dengan Robert, Jejaka pilihannya yang juga adalah jiran dan teman sepermainannya sejak kecil lagi.
Suzy: Ayah, Robert melamar saya. Kami mahu berkahwin.
Ayah: Apa? Tidak boleh! Kamu boleh berkahwin dengan sesiapa saja kecuali Robert.
Suzy: Tapi mengapa?
Ayah: (Separuh berbisik) Kerana Robert sebenarnya adalah abangmu. Tapi, jangan beritahu ibumu ye!
Terkejut dengan jawapan itu, suzy pergi pula kepada ibunya.
Suzy: Ibu, Ayah melarang saya berkahwin dengan Robert.
Ibu: Tak usah dengar cakap ayah kamu tu. Kamu boleh kahwin dengan sesiapa yang kamu suka termasuk Robert.
Suzi: Tapi kata ayah, Robert itu abang saya. Adik beradik kan tak boleh kahwin.
Ibu: (Separuh berbisik) Hmmm.... Ayah kamu pun tak tahu kamu bukan anaknya.
Suzy: Ha!!??!!
Kek Hari Jadi
Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.
"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.
Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu.
"SAYANG BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."
Kambing Hitam & Kambing Putih
Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya yang berbulu hitam dan berbulu putih. Dia kemudian didatangi seorang pemuda lalu bertanya:
Pemuda : "Baguskah ternakan biri-biri engkau. Boleh tak
saya tanya beberapa soalan?"
Gembala : "Oh, boleh saja"
Pemuda : "Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih"
Gembala :"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari"
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : "Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"
Gembala : "Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : "Yang putih."
Gembala : "Aaa...menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."
Pemuda : "Dan yang hitam?"
Gembala : "Yang hitam pun sama."
Pemuda : (Dengan perasaan geram ) "Kenapa engkau membezakan biri-biri engkau yang putih dengan yang hitam setiap kali nak jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"
Gembala :"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik saya."
Pemuda : "Ooo, begitu, fahamlah saya,kalau yang hitam tu pulak siapa punya?"
Gembala : "Yang hitam pun sama, saya punya juga"
Pemuda : (benggang, geleng kepala dan berlalu)
Lihat Otak
Dalam satu perbicaraan kes bunuh,seorang doktor mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi.
Peguam: "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Denyutan jantungnya, awak periksa?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Pernafasannya?"
Saksi: "Tidak."
Peguam: "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?"
Saksi: "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja lain di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati!"
Potong
Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Nazri terpandang Sahrum sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Sahrum.
Nazri: "Kenapa menangis?"
Sahrum: "Saya datang untuk ujian darah!"
Nazri: "Awak takut ke?"
Sahrum: "Bukan itu sebabnya, Ketika ujian darah dijalankan mereka memotong jari saya!"
Mendengar penjelasan Sahrum, Nazri pula menangis.
Sahrum: "Eh...kenapa pula awak menangis?"
Nazri: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!"
Anak yang baik
Dua orang sahabat yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar...
Mereka bercerita tentang keluarga masing-masing.
Maimon: Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna
Hasnah: Adakah dia merokok?
Maimon: Oh, tidak!... Tidak sama sekali!
Hasnah: Dia kekadang minum bir?
Maimon: Oh, Tidak! Dia anak yang baik-baik
Hasnah: Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam kerumah?
Maimon: Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga
Hasnah: Wah, Nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, Berapa usianya?
Maimon: Minggu depan akan genap usianya 6 bulan!
Dah kena
Pada suatu pagi, Puan Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Puan Tina pun berpesan kepada anaknya:
Puan Tina: Farid, Tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah, Ibu!
Puan Tina: Kena tak? Kena tak?
Farid: Belum, Belum, Undurlah lagi ibu.
Puan Tina: Kena tak? Kena Tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi...
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat.... Bang!!
Farid: Ok Ibu, dah kena pun pokok!
Puan Tina: Alamak! Macamana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku!
Farid: Kata Ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah tu!
Anak kembar
Empat bakal ayah menanti dengan penuh gelisah di bilik menunggu di hospital, sementara isteri masing-masing berjuang untuk melahirkan anak.
Selang beberapa minit selepas itu, seorang jururawat keluar dan memberitahu ayah pertama, "Tahniah awak telah menjadi ayah kepada anak kembar!"
"Mungkin satu kebetulan, saya bekerja di Twin star Enterprise" Kata ayah pertama.
Kemudian keluar jururawat lain dan memberitahu ayah kedua,"Tahniah, Encik mendapat anak kembar tiga!".
"Yahoo... mungkin satu kebetulan saya bekerja di 3M Copration," kata ayah kedua kegirangan.
Sepuluh minit selepas itu keluar jururawat lain dan memberitahu ayah ketiga, "Syabas, isteri saudara melahirkan anak kembar empat!"
"Alhamdulillah, mungkin juga satu kebetulan, saya bekerja di Four Season Hotel" katanya syukur.
Pada waktu aitu ayah keempat kelihatan gelisah dan tidak menentu. Semua ayah yang menunggu bertanya: "Kenapa risau sangat?"
Jawab ayah keempat, "Saya tidak risau, cuma.... saya bekerja di Seven-eleven" katanya.
Senyum selalu
Seorang anggota polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki. Selepas memeriksa mayat-mayat, dia bertanya kepada penjaga bilik mayat berkenaan,
Polis: Mengapa ketiga-tiga mayat ini mati tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, tiba-tiba dia mati diserang angin ahmar, lelaki kedua pula dikhabarkan menang loteri dan tak sempat menjamah duit kemenangan itu... dia diserang sakit jantung. Lelaki ketiga pula mati disambar petir.
Polis: Haa mati disambar petir pun boleh tersenyum lagi?
Penjaga: Masa tu, dia ingat orang sedang tangkap gambarnya
Nak Kaya?
Pada suatu malam Taufik memandu sendirian dari Batu Pahat untuk ke Melaka. Tiba di Semerah seorang lelaki tua menahan keretanya. Simpati dengan nasib orang tua itu, Taufik memberhentikan kereta dan mempelawanya naik.
"Anak nak pergi mana?" Tanya orang tua itu.
"Melaka," Kata Taufik
"Turunkan pakcik di Muar sudahlah."
Taufik angguk dan terus memandu.
"Anak nak kaya tak?" Tiba-tiba lelaki tua itu bersuara lagi.
Taufik mula rasa tidak sedap hati. Dia mengesyaki orang tua itu cuba memberi nombor untuk ditikam, sedangkan Taufik bukanlah kaki ekor.
"Tak apalah Pakcik. Hidup ni tak perlu kaya sangat, apa yang ada cukuplah,"Kata Taufik
"Betul anak tak mau kaya?, Pakcik nak bagi ni!"
"Tak apa,pakcik. Terima kasih."
Akhirnya mereka sampai di Muar. Apabila kereta berhenti, orang tua itu bersiap-siap untuk turun dan mengambil begnya.
"Pakcik ada tujuh tin SRI KAYA ni. Tapi kalau anak tak nak juga, tak apalah," Katanya
Taufik hanya terkebil-kebil melihat orang tua itu turun dari keretanya.....
Kejutkan Saya
Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"
Makanan Itali
Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.
Tak malu
Dalam satu majlis makan malam di sebuah hotel lima bintang, si isteri tegur suaminya.
Isteri: Abang ni, dah lapan kali ambil daging bakar tu, orang lain perhati aja. Abang tak malu ke?
Suami: Tak... abang cakap dengan dia orang, awak yang nak.
Doktor muda
Damm! Pintu pejabat sebuah hospital dihempas. Seorang doktor muda kelam-kabut masuk, menggelabah puyuh jumpa doktor senior.
Doktor senior: Kenapa ni?
Doktor muda: (termengah-mengah memberitahu) Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit. Alamak... matilah saya macam ni, matiiiii!
Doktor senior: Silap macam mana pulak?
Doktor muda: Saya tersain nama saya kat ruangan Punca Kematian!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan