Lelaki Sengau dan Pemandu Bas
Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut...“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu...
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”
Pemandu itu pun menjawab...
“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…
Milah Minta Cerai
Satu petang yang hening...aku (Abang Kasim) duduk berehat2 di depan rumah sambil menghisap rokok kretek(murah skit)huhuhu.. sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain2 di ruangan tengah...aku lihat dia tersenyum sorang2..ape lah yang dia pikirkan agaknyer... isteriku Milah? ade kat dapur nun..memasak. bahagiakan familiku ini...Milah mmg cukup rajin memasak, anakku pulak petah berkata2 menghiburkan kami sefamili..alahai...aku senyum sorang2 gak bangga memiliki famili ni....
Tgh aku dok senyum2 tetibe anak aku dtg...'abah..mak nak cerai...'
Aku tersentap..mata ku otomatik bepinar..rokok tetap maintain kat mulut..
Tetibe je dia nak minta cerai??? Aku ni bkn insan yang lemah, cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.
Rumah ni pun aku beli pakai nama dia...(aku beli je...dia yang bayar..hehehe) pas tu keta kt depan umah tu mmg aku dah habis bayar pun khas utuk dia (kancil 660 thn 1999)hape lagi yang kurang..dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur..
'MILAH, APE KURANG KE KASIH SYG ABE KT AWOK?, APE ABG NI TAK HENSEM LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MITA TUUUUI!!! TERGAMAK AWAK WAT ABG MACAM NIE.....!!!!'
Ape nie bang....susah sgt ke nak bagi?
MILAH! AWAK JGN UJI SAYA!
Iye lah..kalau berani buat lah...
MILAH......AWAK MELAMPAU!
Kaki aku dah mengeletar,peluh menitik2,idung aku kembang kempis,kat telinge aku dah terdengar2 lagu Anang..jari jemari dah sejuk...sanggup kah aku ucapkan perkataan itu....
Iye..buat lah bang OIIIII...saya nak masak gulai ni gi lah ambik serai tu cepat..anak kite tak cakap kat awak ke?...
HAH SERAI??????? Betuah punyer anak...pelat....
Ceyai Vs cerai... Hati2 dgn bahasa anak anda... Jgn biarkan hidup anda diselindungi Misteri.... Hihihihik huk
Nak Tahu KENAPA AKU PECAT SECRETARY KU
Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-45 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita..
"Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang"
Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi. Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun.
Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.
Di pejabat, Ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku "Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun"......
Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku. Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyadari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.
Aku berkata "Wow!", itu adalah perkataan yang luar biasa yang saya dengar hari ini, mari kita pergi.
Kami berdua pergi lunch. Kami tidak pergi ke tempat di mana kami biasanya lunch, tetapi kami pergi ke tempat yang sepi. Kami memesan 2 gelas fresh orange dan menikmati makanan tengahari kami.
Dalam perjalanan pulang ke pejabat, Janet berkata, Anda tahu ini adalah hari yang begitu indah, kita tidak perlu kembali ke pejabat kan ? "Tidak perlu, saya pikir tidak perlu" jawabku.
Lalu dia mengajak saya untuk rehat ke apartmentnya. Setelah tiba di apartmentnya, dia berkata.. Tuan, jika tuan tidak keberatan, saya akan pergi ke ruang tidur dan kemudian akan memberi sesuatu yang istimewa untuk Tuan... " "Tentu saja boleh", sahutku dengan gembira.
Dia pergi ke kamar tidur dan kira-kira enam minit kemudian dia keluar membawa kek ulang tahun yang besar diiringi oleh isteri, anak-anakku dan sejumlah rakan kerja kami sambil menyanyikan lagu Selamat Ulang Tahun ......
Aku hanya duduk terpaku di sana , Di sebuah sofa panjang, hanya memakai seluar dalam sahaja ...... malunya....
Telur Rebus... pruttt
Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan
telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan
telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan
tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah
aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar
akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi
dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil
Berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
Mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku
sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal,
tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...
Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku
pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau
boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada
lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku
ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali
ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku
bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhhlega...
bergegar sikit meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia powergila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai
la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.
Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat..
lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku..
laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..
Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik
ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. malunya
Kisah Tiga Pemuda Kampung
Nama watak di dalam cerita ini tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah tiada. Jika sekiranya berlaku, ianya adalah secara kebetulan sahaja.
Di dalam sebuah kg ada 3 orang anak muda yang suka melepak. Sorang bernama Osman, sorang bernama Azlan dan sorang lagi bernama Safri. Aktiviti seharian mereka menybabkan tok imam tidak senang duduk.
Pada suatu hari, tok imam datang dengan niat mahu mentarbiyah mereka. Maka berlakulah beberapa peristiwa cabar-mencabar.
Tok imam mencabar 3 orang itu ke surau pada waktu Maghri.
Si Osman pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpe, nanti kami buktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .
Maka apbila hampir masuk waktu Maghrib pegilah mereka ke surau. Tok imam pun suruh Osman azan. Tanpa berlengah terus je Osman azan,
"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..."
Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Osman & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlahlah kejahilan Osman.
Selepas iqamat, masa hendak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali tak khusyuk, angkat 2 kali pun tak
khusyuk.. Masuk je kali ketiga, Azlan panggil tok imam.
"Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam pun undur le ke belakang. Azlan pun angkat takbiratul ihram.
"Allahu Akbar!"
Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram dan memulakan solat.
Tiba-tiba si Azlan ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali je tok!!"
lalu batallah solat Azlan. Yang lain-lain pun ikut berenti sambil ketawa terbahak-bahak.
Tok imam pun mintak pula si Safri jadi imam. Si Safri pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang.
Siap dengan wirid sekali. Punyalah kagum tok imam kat si Safri niii...
Lepas solat, tok imam pun puji-memuji si Safri ni... dengan bongkaknye si Safri berkata,
"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dasyat aku sembahyang.He heee..."
Tok imam pun terkedu dan terpana...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan